beberape grafik yang sempat aku carik.
T-Junction maut dekat Goergetown Penang. Simpang tige nie bersebelahan dengan Union High School. Orang kate kalo drive kete sensorang time lewat-lewat malam kete korang leh tetibe menterbabaskan (Yes! Jumpe ayat baru setelah tonggang tebalik nak buat ayat) diri disebabkan banyak sangat eksiden yang penah berlaku kat situ. Ade gak orang kate pokok tue besar sebelah jalan tu kelihatan seperti pompuan mendukung anak. Cite nie penah tersebar dikalangan senior citizen situ la mengatekan pompuan tu bomoh yang menculik anak lelaki kakaknye lepas dari kes culik tu diorang da tak pernah kelihatan kecuali yang tinggal ade pokok tu saje sebelah jalan. macam mane jadi pokok tu maybe sebab die derhake kepade kakaknye n disumpah jadi pokok. Kalo derhake kepade mak sumpah jadi batu, kalo kepade bapak aku rase maybe leh jadi sayur-sayuran atau paku-pakis tepi jalan.. so jgn sekali-kali menderhake kepade sesape kalo takot kene sumpah.
Kolej Melayu Kuala Kangsar Perak ini juga dikatakan menyeramkan kerane ianya bekas tapak bekerja askar Jepun pada perang dunie ke-2. Murid yang biasenye diganggu pada waktu tidur mereka akibat renungan tepat kepade mereka (Kalau aku pon terkincit kalo jadi depan-depan). Perbarisan platun askar boleh didengari di padang dan bunyi seretan rantai besi boleh didengari di koridor kampus. Ade sebuah pokok berdekatan dengan tiang lampu akan membiaskan bayang-bayang seperti orang menggantung diri pada pokok kerana kedudukan lampu tinggi sedikit diatas pokok yang membolehkan bayang-bayang itu terhasil. Bangunan-bangunan lame yang lain bekas tapak penggunaan askar jepun ketike perang pada tahun 1940 antarenye ialah Victoria Institution dan Sekolah Perempuan Bukit Bintang pernah dijadikan tempat pemancungan kepala oleh ashkar-ashkar nippon.
Maktab Rendah Sains Mara Kuala Kubu Baru ini juga dikatekan tempat gelendangan makhluk-makhluk halus yang menyerupai sosok-sosok putih berterbangan di pelbagai sudut dan penjuru pada bangunan ini. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat lalu lintas makhluk-makhluk tersebut yang terkawal. Tiada maklumat lanjut mengenai laporan ini dan hanya kita dapat tahu bahawe tempat ini sedikit keras berbanding tempat-tempat lain yang mungkin disebabkan struktur binaannye yang diperbuat daripada konkrit.
Rumah lama tinggalan Mona Fendi dibahagian belakang Leisure Point di Cheras. Rumah ini dikatekan keras akibat peninggalan tuan asal rumah ini yang mengamalkan ilmu hitam. Pada sesiape yang tidak mengenali Mona Fendi tu baik gi tingkat 17 dan terjun kebawah kerane tak gune anda jadi rakyat Malaysia kalo tak taw pasal die nie. Kes die penah menggemparkan Malaysia ketika disabitkan kesalahan membunuh salah satu ahli politik Dato Mazlan yang pada ketike itu ingin menuntut ilmu kebal dari beliau akan tetapi mangsa dikatekan melanggar pantang maka ilmu yang nak kebal tu jadi tak kebal dan tidak semene-mene ujian kekebalan yang ingin dilakukan Mona bertukar menjadi kes bunuh akibat ketidakkebalan dan kebebalan Dato Mazlan itu tadi. Untuk menambahkan effect seram pada cerite ini, rumah ini didapati masih berpenghuni oleh penghuni asalnye yang mati dihukum gantung kerana beliau penah mengatakan "Aku takkan mati" sebaik selepas tali gantung disarungkan keleher si Mona untuk hukuman gantung dijalankan. Rasa-rasa dialah yang sedang menjalankan rutin harian dirumah tinggalan beliau hingga kini. Nak dengar die nyanyi gi lah singgah umah die. Ade la yang sambut korang nanti.
Poliklinik Cheras Kuala Lumpur nie agak seram gak ah kalo aku tengok dari luar. Bangunan sempurne tapi ditinggalkan tak pasal-pasal. Ade yang mengatekan pesakit yang pernah mati kat situ berkeliaran pada waktu malam dikawasan berkenaan. Kalo dari segi logik korang pikir, takkan bangunan sempurne macam nie ditinggalkan tak pasal-pasal? padahal bangunan kerajaan kot. Mungkin gangguan tersebut kerap sangat berlaku sampai tade sape yang sanggup bertahan disitu tu yang menyebabkan bangunan tu ditinggalkan tanpa sebab yang kukuh. Ye la takkan nak tulis dalam surat tu antu suke kacau kitorang nak buat keje membuatkan kami rimas dan mengambil langkah untuk beralah kepada antu-antu tersebut untuk mendiami kawasan itu.
Highland Tower Kuala Lumpur pernah runtuh pada satu ketika dulu yang melibatkan 3 blok akibat tanah runtuh dan sistem saliran yang teruk menjadi punce tanah runtuh. Sejak itu Highland Tower menjadi terkenal dengan jolokan tempat berhantu oleh pengunjung yang suke-suke mengunjungi tempat yang tak memberi faedah seperti itu. Suare-suare pekikan dan lolongan mangsa boleh didengari pada waktu malam disekitar kawasan tersebut disamping penampakan sosok-sosok yang tidak diketahui identitinye sering dilihat berkeliaran. Terdapat juga cerite yang mengatekan dahulu terdapat pemandu teksi mengambil penumpang wanita dan meminta mereke dihantar ke kawasan tragedi tersebut. Penumpang itu meninggalkan beg dan beg tersebut dipenuhi darah apabila pemandu teksi itu membuka untuk memeriksanya.
Balai Polis Tras Pahang pada tahun 1950-an seorang korporal polis bersama isterinya terkejut dan ketakutan yang amat apabila membuka pintu rumah mereka dan melihat sosok yang tidak dapat dikenalpasti mengetuk pintu rumah mereka. Ramai anggota polis yang ketakutan apabila penyebaran tentang gangguan makhluk ini di kawasan tersebut malah ada diantara mereka sanggup meletakkan jawatan daripada dipindahkan kekawasan ini. Sanggop sampai macam tu sekali kerana ketakutan apabile mendengar cerita-cerita seram mengenai balai polis Tras di Pahang ini untuk mengelakkan daripada diganggu makhluk tak bernama itu. Hingga kini tiada maklumat lanjut mengenai makhluk itu dan gangguan yang menimpe penghuni-penghuni depot polis berkenaan akibat tiada liputan mengenai kisah seram ini.
Sekolah Kebangsaan Kuala Ampang yang terletak didalam wilayah Selangor ini sering dikatekan diusik dengan bunyi-bunyi seperti titisan air daripada paip ditandas dan penampakan sosok-sosok wanita dalam persalinan serba putih mundar-mandir dikawasan belakang sekolah ini.
So, sejauh mana kebenaran cerita-cerita ini semua anda boleh tentukan sendiri sekirannya anda mengujungi tempat-tempat seram seperti yang diatas. Aku selaku pengolah bahase dan keyboard warrior ini hanye mampu menaip dan tidak mampu untuk pergi menilai sendiri tahap kebenaran cerita-cerita seram diatas. Lepas korang da explore sendiri, jangan lupe tinggalkan kenangan manis korang mendepatkan tandatangan makhluk-makhluk yang korang jumpe dikawasan tersebut. Enjoy!



No comments:
Post a Comment