CR-Z Fortune Tuned
CR-Z satu lagi kete yang ade dalam wishlist aku.. Sport Hybrid Cuope! What else do u expect? beli mahal-mahal tapi sebab sen dah rabak time nak beli, save la sen pakai mode battery lak kalo nk berjalan.. nampak cane care nak saving? CR-Z menggabungkan enjin hybrid elektrik dan petrol dalam kerete 'sukan' cutting tradisional. Mengapa tradisional? kerana menekankan nilai-nilai sukan kedalam kerete ini seperti dua tempat duduk dan gear manual standard whichmean mende paling penting dalam kerete 'sukan'..
CR-Z ini merupakan kesinambungan kepada model Honda CR-X yang berjaye sebelom ini. Model pertama CR-X yang dikeluarkan pada tahun 1983 mendapat sambutan hangat hingga ke tahun 1991 beberapa model yang di-improvisekan dari segi rupe dan performance sikit demi sikit (ala same macam due company kete malaysia slalu buat dengan tambah emblem Elegance, Extreme, dan Limited Edition skit kat bonet belakang) tapi buatan terawal dulu paham-paham je la memang berkualiti sebab diorang tataw care nak reduce kos keatas bahan pembuatan so performance pon memang terbaek la sebab original metarial n source kalo nak dimodifiedkan pon.
CR-X
Di U.S. CR-Z diiktiraf sebagai salah satu kete yang paling kurang pencemaran yang dihasilkan dan disenaraikan sebagai Advanced Technology Partial Zero Emissions Vehicle (AT-PZEV) seperti yang didefinasikan oleh California Air Resources Board (CARB)
Apa yang menariknye hanya model CR-Z yang menawarkan transmisi manual didalam kelas kereta yang berenjinkan Elektrik-Petrol hybrid. Model ini mula dijual di jepun pada February 2010 dan mula dilelong di US pada ogos 2010. Reka bentuk asal kerete ini diolah daripada model concept car Honda yang dinamakan sebagai Honda Remix yang diperkenalkan di Los Angeles Auto Show pada tahun 2006 dan Honda Small Hybrid Sports diperkenalkan di Geneva Motor Show pada tahun berikutnya.
CR-Z bermaksud Compact Renaissance Zero yakni ekpressi yang ingin divisualisasikan tentang idea asal dalam kebangkitan rekabentuk kete kompak yang masih agak baru dalam industri permotoran ini. Selamatkan dunia sambil melenjan kete tanpe meningkatkan pencemaran yang sedie ade. CR-Z ini pertama kali dipertontonkan di Amerika pada tahun 2009 dalam pameran Detroit North American International Auto Show 2008 (pameran yang lambat setahun akibat lagging agaknye almaklumla dulu takde Unifi yang LAJU DOWH *mate keatas tangan kebahu* macam skang nie).
Mungkin korang pon malas nk bace aku bebel panjang-panjang aku ringkaskan dalam satu perenggan nie spesifikasinye. So dengan enjin 1.5L i-VTEC SOHC ini mempunyai 6kelajuan dan mampu mengelungsur dijalan raya dari 0-60mph dalam mase 10.5 dan 17.6saat untuk 500meter. 4liter minyak didalam tangkinya mampu bergerak hingga 100KM untuk model CVT (Continuously Variable Transmission - Ala macam kalo kat kete Malaysia nie korang leh tengok gear kat Proton Savvy model AMT lebey kurang camtu la) dan 4.4Liter setiap 100KM. Dengan harga jualan di Malaysia RM115,000 OTR dengan insuran diperkenalkan pada tahun 2012 (dua tahun delay bro dengan gandaan 200% tax!). Cutting die lebey kurang macam S2000 gak depan die tu belakang da macam model Insight + Civic Mugen Type-R macam yang kat bawah nie..
Disebabkan rekabentuk yang boleh dikatekan extreme dan garang, seperti biasa company-company tuner or mod dijepun berlumba-lumba nak tune kete nie dan hasilnya jadila seperti kete-kete dibawah setelah ditune penampilannya dan performance - kire bagus gak la sampai Malaysia lambat sebab sampai-sampai je kaki race la leh import je barang race dari Jepun sebab da siap n lepas fasa RnD (Research n Development) untuk mod jadi race car yang tidak hanya garang pada rupa tapi juga prestasi.
CR-Z Mugen Tuned
Antare Brand-brand yang modified kete nie hingga kua model-model tuned by mereke sendiri seperti
- Eibach Honda CR-Z
- HKS Honda CR-Z
- Tein Honda CR-Z
- Mugen Honda CR-Z
- 5zigen Honda CR-Z
- Fortune Motorsport Honda CR-Z
- Honda CRZ Hybrid R
- Spoon Honda CR-Z
dan banyak lagi..
Siap da ade company yang da tune kete nie sampai Maxspeed 250KM/H oleh HKS
Sape yang rajin nak tengok video die leh la view video kat bawah nie sebab aku amek daripade koleksi HKS Magazine jepun dan bahase pon jepun la.. tak paham? gi masok kelas jepun sebab aku pon tak paham.
Volume 1-6
Enjoy puas-puas.. kalo da puas tu try la drop comment sebarang due aku nak tengok respon korang pe yang korang minat dalam blog nie senang skit aku nk improvise untuk mengkome sekalian. Thanks
No comments:
Post a Comment